Nuffnang Ads
Sunday, July 6, 2014
Ramadhan Ini
Ramadhan ini,
datang lagi,
kali ini,
pasti lebih bererti,
buat diri ini,
yang kesekian kali,
terbuka hati,
untuk menyayangi,
Sang Ilahi,
melebihi mana-mana insani.
Ramadhan ini,
membawa seribu satu erti,
kerana buat pertama kali,
hari lahir jatuh pada bulan mulia ini.
Ramadhan ini,
1001 doa dihadiahi,
dari orang-orang alim yang baik sungguh budi,
dari majlis kesyukuran yang telahpun diabadi,
pada hari Khamis malam Jumaat tempoh hari,
yakni pada genapnya 24 tahun umur gadis ini.
Ramadhan ini,
walau kadangkala terbit sunyi dihati,
walau kadangkala ingatan mendatangi,
tetap diri kuat mengharungi,
kerana setiap yang terjadi,
telah ada kebaikan dan ketenangan yang tersendiri,
yang tidak pernah dirasai,
sebelum ini.
Ramadhan ini,
sungguh sangat bererti,
walau akhlak tidak sempurna lagi,
tidak seperti bidadari syurgawi,
walau amal jariah belum mencukupi,
jauh sekali seperti Kekasih Ilahi,
tetapi Alhamdulillah diri terbuka hati,
untuk menjadi lebih baik,
dari sebelum ini.
-SR
-07/07/2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lama betul shazlina tak update blog..busy ke? hihi
ReplyDeletebukan busy..rumah xda internet,susah sikit nak update..huuu.. :-)
Delete