Nuffnang Ads

Thursday, November 6, 2014

Kata Orang Tua


Pernah dengar tidak,
Pepatah dahulukala,
Jangan membenci dia,
Kelak pasti menyayangi dia.
Jangan melupai dia,
Kelak pasti merindui dia.

Jangan mengelak dia,
Kelak pasti mencari dia.
Jangan menafikan dia,
Kelak pasti mengiyakan dia.
Dan jangan sekali,
Kau rimas pada dia,
Kerana kelak,
Pasti kau "clingy" pada dia.

Nah,
Dulu kau tidak percaya,
Sekarang,
Apa lagi boleh dikata,
Malu sendiri jawabnya,
Bila memang benar,
Madah ini semuanya.

-SR
-06/11/2014

Sunday, July 6, 2014

Ramadhan Ini


Ramadhan ini,
datang lagi,
kali ini,
pasti lebih bererti,
buat diri ini,
yang kesekian kali,
terbuka hati,
untuk menyayangi,
Sang Ilahi,
melebihi mana-mana insani.

Ramadhan ini,
membawa seribu satu erti,
kerana buat pertama kali,
hari lahir jatuh pada bulan mulia ini.

Ramadhan ini,
1001 doa dihadiahi,
dari orang-orang alim yang baik sungguh budi,
dari majlis kesyukuran yang telahpun diabadi,
pada hari Khamis malam Jumaat tempoh hari,
yakni pada genapnya 24 tahun umur gadis ini.

Ramadhan ini,
walau kadangkala terbit sunyi dihati,
walau kadangkala ingatan mendatangi,
tetap diri kuat mengharungi,
kerana setiap yang terjadi,
telah ada kebaikan dan ketenangan yang tersendiri,
yang tidak pernah dirasai,
sebelum ini.

Ramadhan ini,
sungguh sangat bererti,
walau akhlak tidak sempurna lagi,
tidak seperti bidadari syurgawi,
walau amal jariah belum mencukupi,
jauh sekali seperti Kekasih Ilahi,
tetapi Alhamdulillah diri terbuka hati,
untuk menjadi lebih baik,
dari sebelum ini.

-SR
-07/07/2014








Wednesday, June 11, 2014

Gadis


Gadis
Tiada guna kau bilang kau penuh kesabaran
Andai sikap baran itu tidak kau buangkan

Gadis 
Tiada guna rupamu menawan
Andai ibu kau lawankan

Gadis
Tiada guna insan lain kau baikkan
Andai ibu kau derhakakan

Gadis
Tiada guna rakan kau pentingkan
Andai ibu kau abaikan

Gadis
Ingatlah kau akan kata Al-Quran
Syurga itu, di bawah kakinya ibu-ibuan.

-SR
-11/06/2014

Monday, February 3, 2014

Permulaan




Perempuan..

Sinonim dengan hati yang sensitif, jiwa yang lembut..

Sekasar mana pun seorang perempuan itu, hatinya tetap selembut sutera..

Ada setengah yang senang mengutarakan apa yang berada di hatinya,

Ada setengah yang hanya menyimpan sahaja seorang diri..

Ada pula yang ingin berkongsi, tetapi tidak pandai mengucapkannya.

Dan memilih untuk menulis sahaja, kerana bila menulis,

laju sahaja dia meluahkan segala-galanya.



Semestinya, itu lah aku.

Tidak reti mengucapkan apa yang aku rasa,

tetapi semua aku luahkan melalui tulisanku, ayat-ayatku..

Jika ada yang memahami, alhamdulillah.

Jika tidak pun tak mengapa, kerana aku masih baru.

Jika ada yang menghargai karyaku,

terima kasih ku kepada kalian.



Selamat membaca,ya.


Wassalam.


-SR